menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, sosial bermaksud pergaulan dalam masyarakat. So, bersosial memang bagus untuk bercampur gaul dengan masyarakat agar tidak menjadisumbang....
Marcapada, *power tak tatabahasaku wahai cikgu bm? teknologi telah berkembang dengan amat pesat dan muncullah pelbagai aplikasi untuk kita berhubung tidak kira dimana jua kita berada...seperti wassap, wechat,bbm,viber,instagram,etc...
apekah perasaan anda apabila sudah terjebak dengan aplikasi canggih manggih gitu?
a)bahagia
b)teruja
c)bangga
d)menjadi lebih sihat
*sila jawab soalan diatas
walau apa pon jawapan yang cik/puan/tuan berikan..kita perlu mengetahui konsep asal sesuatu perkara..
setiap apa yang tercipta di atas muka bumi ini mempunyai kebaikan dan keburukannya..so, kita sebagai manusia yang bijaksana, kita perlu bijak menggunakan sesuatu perkara untuk menuju kearah kebaikan...
......nak taw kenapa saya kata begitu? sebabnyer..nak muhasabah diri sebelum tido nie..sebab..saya rasa diri ini selalu leka dengan aplikasi sosial sehingga tidak menyedari hari sudah lewat malam dan kadang2 terlupa nak tido.. *boleh ker
kasi tip sikit mcna takyah terleka selalu boleh?
Adakah kita benar-benar memenuhi masa dengan melakukan perkara yang berfaedah? Bahkan, adakah kita berazam tidak akan melakukan perkara sia-sia terhadap diri-sendiri atau tidak membawa kebaikan kepada masyarakat sekeliling?
Hasan Basri: Tiada sesuatupun hari yang berlalu ke atas anak Adam kecuali ia berkata: “Wahai anak Adam, aku adalah hari yang baru dan menyaksikan amalan yang kau lakukan. Apabila ia (masa) pergi daripadamu, maka ia tidak akan kembali. Sesuatu akan wujud di hadapanmu dan sesuatu yang berakhir tidak akan berpaling kepadamu selama-lamanya”.
soooo????? renung-renungkanlah dan selamat beramal